Perkembangan Fizikal.
Gambar 2 : Perbezaan perkembangan fizikal perempuan dan lelaki
Woolfolk & Margetts, 2007,
- Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia.
- Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam:
- ketinggian,
- berat badan
Hurlock, 1978,
- Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung
- Perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu seperti:
- keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan dan permainan.
- keyakinan terhadap diri sendiri dan orang lain.
- perkembangan personalitinya.
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003,
- Perkembangan fizikal kanak-kanak merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak.
- Menurut kurikulum Prasekolah Kebangsaan, perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu:
-kesihatan
-psikomotor
-keselamatan
-kebersihan alam sekitar
- Proses ini juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunaakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti sehari-hari.