Zon Perkembangan Proksimal (ZPD)
DEFINISI
- Menerangkan mengenai kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.
TUJUAN
- Menolong kanak-kanak dari tahap sosial kepada tahap peribadi
- Tahap Perkembangan Sebenar - menyelesaikan masalah secara bersendirian oleh kanak-kanak tanpa bantuan.
- Tahap Perkembangan Potensi - apa yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak dengan bimbingan orang dewasa
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
- Had Atas - peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir.
- Had Bawah - kemahiran yang boleh atau yang telah dicapai oleh kanak-kanak sudah mahir
PENILAIAN PERLU DIFOKUSKAN UNTUK MENENTUKAN ZPD SETIAP KANAK-KANAK
- Guru - memberi latihan yang berbeza untuk menentukan tahap bimbingan yang sepatutnya diberikan.
- Menggunakan pelbagai jenis aras soalan untuk melihat keupayaanmurid & seterusnya dapat menentukan tahap bimbingan yang akan diberikan.
MENGGUNAKAN ZPD DALAM PENGAJARAN
- Guru - memberi bantuan pada peringkat awal. Kurangkan bantuan apabila kanak-kanak sudah mula menguasai kemahiran atau objektif yang hendak dicapai.
- Beri galakan & gsemangat untuk kanak-kanak mencuba & mengaplikasikan kemahiran supaya mencapai objektif.
MEMBERI GALAKAN
- Menggalakkan bantuan bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir.
- Guru menggunakan strategi pengajaran yang koperatif & kolaboratif serta pengajaran berkumpulan.
- Bentuk kumpulan heterogenus dimana kanak-kanak dengan pelbagai tahap kemahiran diletakan dalam satu kumpulan.
- Kanak-kanak boleh mendapatkan bantuan atau sokongan daripada rakan-rakan yang memahami konsep ini.
GALAKAN BERCAKAP SENDIRI
- Kawal dan mengalakkan kanak-kanak bercakap sendiri semasa menyelasaikan masalah.
- Bimbing kanak-kanak untuk merealisasikan idea semasa bercakap sendiri kedalam situasi yang memerlukan penyelesaian.
ARAHAN BERMAKNA
- Guru memberikan arahan yang bermakna,berkaitan dengan pengajaran dan kehidupan seharian.
- Kurangkan penghasilan, membimbing kanak-kanak untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka kepada pengalaman sebenar.
No comments:
Post a Comment